Jumaat, 12 November 2010

PENJELASAN TERKINI DAN SENSASI DARI DATUK ZAID IBRAHIM

PENJELASAN DATUK ZAID IBRAHIM MENGENAI ISU-ISU YANG MELIBATKAN DIRINYA KEPADA WAKIL-WAKIL MEDIA MASSA DI KOTA BHARU PADA 11 NOVEMBER 2010


Soalan: You have been attacking PKR left and right tapi you tak quit the party?

Jawapan: No, I have not been attacking left and right, I have just been answering some of the allegations je.

Soalan: But you are not quitting the party?

Jawapan: Well, what’s the hurry?

Soalan: Datuk dilihat bersifat melawan parti kan, jika Jawatankuasa Disiplin parti memutuskan untuk menyingkir Datuk, apa tindakan Datuk, sekiranya keputusan parti menetapkan macam itu?

Jawapan: Yalah, kalau singkir nak buat macam mana, singkirlah, tapi tak ada pun singkir lagi.

Soalan: But you are not going to quit lah?

Jawapan: No. Pasal isu yang kita hadapi adalah segelintir pemimpin PKR membuat bermacam tuduhan terhadap saya, termasuklah menidakkan hakikat apa yang berlaku dalam pemilihan itu, tapi, seperti saya kata, bukti itu bukan saja dari saya, aduan itu semua dari cabang dari seluruh keahlian, jadi kalau mereka kata tidak ada penipuan maka biarlah, itu mereka punya jawapan, tapi apa yang berlaku sekarang ini lebih daripada itu, mereka juga sudah sejak daripada mula lagi mengatakan saya ini tidak setia, saya ini ejen UMNO, saya ini Trojan horse, segala kecaman peribadi terhadap saya, jadi saya ambillah peluang ini untuk menjawab dan menjelaskan kepada ahli-ahli PKR perkara sebenar.

Soalan: Tidak wujud lah soal ketidaksetiaan terhadap parti?

Jawapan: Parti itu siapa? Parti itu bukan Anwar Ibrahim atau Azmin Ali, parti ini keahlian seluruh parti PKR lah, beribu-ribu orang lain juga. Jadi bila kita kata setia, kita setia kepada ahli-ahli semualah, harapan mereka, aspirasi mereka, kehendak mereka, itu maknanya setia kepada parti, sama ada saya setia kepada sekelompok pemimpin-pemimpin sahaja itu maka mungkin saya tidak qualifiedlah sebagai seorang yang setia.

Soalan: At this stage Datuk tak ada cadangan untuk keluar dan masuk parti lain?

Jawapan: Tak ada, tak ada.


Soalan: Ada orang kata Datuk sesuai dengan DAP sebab DAP kurang pemimpin Melayu?

Jawapan: No, no, no. Kita tidak, persoalan hari ini bukan ke mana saya nak pergi, saya nak mana-mana pun boleh, tak pergi mana-mana pun boleh, yang pentingnya isu politik yang berlaku hari ini, isu politik ialah sebuah parti yang berjanji kepada rakyat ia memperjuangkan keadilan yang memperjuangkan ketelusan, transparency, berjanji kepada rakyat bahawa itulah platform dan landasan perjuangan tapi bila kita lihat itu hanya cakap kosong maka kita perlu perjelaskan perkara ini, itu isu semasa, lebih-lebih lagi usaha-usaha untuk mengecam saya ini, dulu saya ingat UMNO saja kecam saya di Hulu Selangor, sekarang ini betul jugalah tu orang kata, parti PKR ini lebih hebat lagi kecam saya ni, tapi saya biasa dikecam jadi saya rasa kita teruslah, kita terus, kalau dia buat tohmahan yang karut saya akan jawablah, saya tidak berniat untuk berdiam dirilah, maksudnya begitu.

Soalan: Yang bunyi kata ura-ura nak buat roadshow ni?

Jawapan: Roadshow apa? Saya pergilah kalau ada ahli-ahli dan orang ramai jemput saya saya datanglah.

Soalan: Tak adalah roadshow punya plan?

Jawapan: Adalah sikit-sikitlah, penjelasanlah, bukan roadshow, roadshow ni macam konsert pulak, macam Rolling Stones, saya siapa jemput, macam besok lusa ada orang jemput, saya pergilah, dia orang nak tahu, macam you jugaklah.

Soalan: Sejak kontroversi yang berlaku ni kan ada kepimpinan tertinggi PKR kah yang sudah macam panggil Datuk untuk bagi penjelasan kepada pihak tertinggi parti?

Jawapan: Tak ada.

Soalan: Datuk Seri Anwar bersikap berdiam diri, Datuk, macam mana tu?

Jawapan: Mana berdiam diri pulak? Dia yang kata saya ni sore loser. Lepas tu dia kata saya ni ada buat komplot dengan Utusan. Apa benda, dari mana dia dapat begitu saya tak taulah, tapi itulah Anwar Ibrahim, mereka cerita nombor satu. Jadi berdiam diri apa macam tu? Dia patutnya kes dia pun dia tumpu kepada masalah dialah, tak usah duk serang saya tapi dia sayang sangat kat Azmin, sampai begitu sekalilah dia memperlekehkan saya.

Soalan: Jadi masalah ini sebab dia terlalu sayang kat Azminlah?

Jawapan: Saya tak taulah, itu orang kata, bukan saya.

Soalan: Ramai pengikut Datuk sebelum ini masuk AKIM?

Jawapan: Tak ada siapa masuk AKIM, ini kawan-kawan mereka berpolitik secara Kelantan saja, kawan-kawan saya tak masuk AKIM dan saya tak masuk AKIM, kalau saya nak buat saya buat sendirilah, bukan susah pun nak buat parti.

Soalan: You were reported nak tubuhkan PKR baru itu tak betullah?

Jawapan: Bukan, itu, somebody asked me lah, kalau nak buat parti baru, kalau dipecat, jadi saya kata kalau dipecat kita buat parti baru kemungkinanlah, nama apa itu bolehlah, kalau UMNO Baru dulu kita buat KeADILan baru tapi saya kata itu in jest lah, belum tahu nama apa ataupun bila
. Saya pun fikir juga benda-benda macam ni. Yang mustahaknya, seperti saya kata tadilah, soal isu itu apa, kita tak boleh, parti dan politik negara kita ini, dari mana-mana pihak, Barisankah, pembangkangkah, dia tidak boleh berkisar kepada fakta yang karut, dia tidak boleh direka-reka, digunakan isu-isu peribadi yang tak ada kena-mengena dengan isu perjuangan politik sebenar, itu penyakit yang kita hadapi hari ini, jadi saya menentang cara berpolitik begini dan kalau kita ada bukti bolehlah, misalnya (bila kata) saya ejen UMNO, buktilah, (bila kata) saya Trojan horse, buktilah, bagaimana, berapa dibayar saya, bila pulak saya jadi ejen tu sejak masuk bila, tapi itulah, pemimpin tertinggi parti negara kita sewenang-wenang membuat tuduhan palsu, jadi inilah menjadikan politik negara kita kotor dan tak ada substance, tidak ada isi.

Soalan: Apakah Datuk akan pursue dengan legal action terhadap tuduhan-tuduhan ini?

Jawapan: No lah, politik ni takkanlah nak sue, kalau nak sue, hari-hari kena file legal action lah, tak ada.

Soalan: Jadi, overallnya, isu yang Datuk nak cerita ni, masalahnya pasal penyelewengan dalam pengundian, you brought this up and you were attacked? That’s the issue lah?

Jawapan: No, no. The issue is bukannya attack tu, the issue is mereka cuba nak larikan daripada perkara yang bermulanya ialah soal pemilihan, bila saya menawarkan diri untuk bertanding masa itulah timbul serangan-serangan tadi, jadi kalau kita kaji, kita imbas kembalilah, bila mereka mempersoalkan kesetiaan saya, itu masa saya nak tawarkan diri untuk bertanding, itu pun belum masuk peringkat penamaan calon pun lagi, cuma sebelum tu, soalnya kesetiaan soalnya timbullah saya ini seperti saya kata tadilah, orang jahatlah, imej orang jahat, orang tak setia, orang pengacau, jadi inilah taktik-taktik yang pada saya tidak sepatutnya dibawa oleh pemimpin-pemimpin parti yang reformasi, yang memperjuangkan nilai politik bersih dan beretika, itu yang saya kecewa tu, kalau kita ada bukti kita buktikan, UMNO dah bayar Zaid berapa juta misalnya, ini akaun dia, melalui siapa-siapa, macam tu baru lah ada, tapi jangan kita bila orang tuduh kita kita marah, kita kata “mana bukti, jangan fitnah”, tapi kita fitnah orang tak apa, this is about poitical values, this is about political culture. Jadi saya tak boleh terima perkara macam ni. Jadi daripada soal isu yang agak biasa, soal pemilihan ini soal yang biasa, kita timbulkan masalah kepincangan ini. maka mereka alihkan tumpuan kita sekarang kepada serangan terhadap saya, ini taktik-taktik lama lah ini, maka saya bertanggungjawab untuk membela diri saya kerana ini melibatkan integriti saya, maruah saya, perjuangan saya. Saya tahu di negara kita ini peminat Anwar Ibrahim itu ramailah, dan saya tengok dalam twitter, dalam blog dia, dalam facebook, banyak hentam saya, tapi itulah, serangan peribadi, soal saya quitter, penakut, pengecut, tapi apa yang saya timbulkan itu tidak dijawab. Sebab itu saya minta Anwar Ibrahim ini tak boleh lagilah jadi ketua pembangkang sebenarnya sebab kalau inilah sifat seorang pemimpin politik macam mana dia nak memimpin negara besok? Dia reka cerita dia serang orang. Tak bolehlah. Sebab itu saya kata dia yang menyebabkan rosaknya PKR sekarang ini.

Soalan: Do you think that PKR is beyond repair?

Jawapan: I think Anwar is beyond repair, and Azminlah, so kalau Anwar and Azmin are beyond repair, and Syed Hussein is beyond repair, what is PKR?
Kecuali ahli-ahli bersuara dan ahli-ahli sendiri membuat tindakan untuk menerima realiti ini. Dia kadang-kadang, seperti saya kata tadilah, kerana Anwar ini digambarkan sebagai icon, idol, terlalu lama, maka masih lagi orang tidak dapat melihat hakikat perkara yang sebenar, tapi akhirnya terpulang kepada ahli-ahli, bukan kepada saya, tetapi kepada ahli-ahli PKR, apa yang diharapkan daripada parti ini dan apa yang diharapkan daripada pemimpin mereka.

Soalan: Nasihat Datuk kepada PAS yang mengadakan pakatan dengan PKR ini?

Jawapan: Saya tak bolehlah nak nasihat semua orang, soal PAS dengan DAP itu soal mereka nilai sendirilah, saya hanya tahu apa yang saya alami dan saya hanya sanggup memberi komen mengenai apa yang saya tahu dan mengenai soal lain, soal kedudukan pembangkang, soal hubungan mereka itu mereka mestilah mencari pendekatan mereka sendiri.

Soalan: Mungkin tercalar juga PAS?

Jawapan: Itu kena tanya merekalah.

Soalan: Ada pandangan mengatakan dengan krisis macam ini menyebabkan PKR tidak lagi dianggap viable to be an anchor for Pakatan, so mungkin PAS atau DAP kah should take the lead?

Jawapan: Ya lah, itu saya rasa elok dia orang lah jawab soalan ini, saya bukan Ahli Parlimen, soal-soal ini ditentukan sepatutnya oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, saya rasa elok kita kemukakan soal ini kepada mereka lah.

Soalan: Datuk Pakatan co-ordinator kan?

Jawapan: Saya bukan seorang, saya adalah seorang daripada 3 orang, pada mulanya Anwar Ibrahim janji saya lah yang jadi co-ordinator yang sebenarnya tapi bila saya masuk PKR dah jadi PAS pun ada seorang DAP pun ada seorang, jadi saya 1 daripada 3 orang ini.

Soalan: Datuk dan Anwar sekarang dilihat macam mempunyai krisis peribadi?

Jawapan: Bukan peribadi, krisis itu tidak peribadi, krisis itu krisis nilai, krisis politik, krisis cara pengurusan, krisis integriti parti kita, itu soalnya, cuma serangan itu peribadi, tapi pokok masalah asalnya bukan peribadi, saya tak ada hutang duit dengan dia apa-apa, dia pun tak pernah minta duit dengan saya, jadi bukan peribadi, saya tak ada masalah peribadi dari segi itu, cuma masalah parti, masalah pengurusan, masalah politik, dijadikan sebagai cara untuk menyerang saya secara peribadi maka sedikit sebanyak saya perlu menjawab juga lah serangan peribadi itu sebab kita tak boleh jawab dengan cara lain, kita kena address isu yang ditimbulkan, jadi itulah keadaan sekarang inilah, tiada masalah peribadi.

Soalan: Kenapa Anwar sangat takut kepada Datuk bila Datuk mahu mencabar jawatan Timbalan Presiden?

Jawapan: Saya tak tahulah, you kena tanya dia, saya rasa dia tak takut, dia kan seorang ahli politik yang masyhur, terkenal seluruh dunia, saya siapa yang kenal, jadi saya rasa dia tak takut, tapi tak taulah sebab sebenar, you kena tanya dialah, dia ketua pembangkang, saya bukan Ahli Parlimen pun, bertanding pun kalah.

Soalan: Kekuatan Datuk sendiri yang memegang kunci?

Jawapan: Dia kadang-kadang orang ni takut dengan bayang-bayang pun ada jugak manusia ni, dia tak ada apa benda pun dia takut, dia gelap dia takut, hantu, jadi tengoklah penyakit kita macam mana, saya tak takut pada dia.

Soalan: Datuk baru dalam PKR tak patut bertanding Timbalan Presiden?

Jawapan: Takkanlah nak bertanding pun serang terus, saya tak ada serang siapa, you tengoklah rekod, bila pulak saya serang dulu, saya tak ada, dan kalau nak tawarkan diri pun menjadi kesalahan maka tak payahlah, cakap sajalah orang baru tak boleh bertanding, buatlah peraturan, ni dia kata siapa pun boleh bertanding. Begitu pun saya tak nak juga bertanding. Tuan-tuan kena ingat, saya kata kat Tan Sri Khalid, kalau Tan Sri nak bertanding boleh, kalau Nurul nak bertanding timbalan pun boleh, saya akan tarik diri, itu bukan main-main, itu membuktikan saya bukan gila sangat jawatan timbalan presiden ni, patut ada orang lawan Azmin lah, takkan nak bagi kat Azmin free, sebab itu malam terakhir, saya buat keputusan, semua ni ada dalam rekod, saya beritahu Wan Azizah pun, kalau Nurul nak bertanding saya akan tarik diri, ini ada dalam rekod, hari Jumaat, penamaan calon hari Sabtu, saya beri tempoh sampai 12 malam (tetapi ditolak). Itu membuktikan saya bukannya hendak sangat tapi tak taulah mereka takut, macam tadilah, takut bayang-bayang, jadi bila hari Sabtu tu Khalid pun tak ada penamaan calon maka saya kata saya lawanlah, saya masuklah, itu saja, nak kata saya ni begitu macam hendak sangat bertanding, tak sabar-sabar ni, tak betullah, the facts don’t tally lah. Sampai ada pulak orang kata apa ni Zaid main-main, jemput Khalid lah ajak Nurul lah, komentar lah, komentar politik yang sokong Anwar ni. Saya bukan main-main. If there is a serious challenger bagus lah.

Tiada ulasan: