Ahad, 10 Oktober 2010

JIKA MURSYIDUL AM PAS BOLEH MENGHENTAM DR SYED HUSIN ALI MAKA APA LAGILAH DATUK ZAID!

Di dalam kenyataan medianya pada 24 September 2010 bertajuk “A Celebration of Democracy”, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghentam Datuk Zaid Ibrahim dengan menyebut dua perkara:
1. “The run up to the party elections has seen some very harsh words coming from certain leaders in a fashion not befitting the position that they aspire to be in.”
2. “In this regard, the criticism that there is an emergence of “UMNO Culture” in the campaign for party positions is unfounded. At the same time, we cannot rule out entirely the possibility of Trojan horses having found their way in.”

Di dalam artikel ini kami hanya akan mengulas hentaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama sahaja yang merujuk kepada kenyataan Datuk Zaid Ibrahim di dalam portal Free Malaysia Today pada 23 September 2010 bertajuk “Syed Husin Sudah Nyanyuk – Zaid”.

Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim di dalam portal Free Malaysia Today pada 23 September 2010 ini adalah seperti di bawah:
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim hari ini berkata Timbalan Presiden parti itu Dr Syed Husin Ali, yang tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah "nyanyuk" kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Syed Husin, yang dilaporkan portal berita Merdeka Review, yang mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.
"Saya ditugaskan untuk memberi satu idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP dibawah PR untuk didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai satu gabungan yang sah.
"Sekarang permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranan saya itu juga belum menjadi satu jawatan yang rasmi.
"Mungkin jika selepas PR diluluskan jawatan penyelaras itu akan diberikan kepada orang lain saya tidak tahu kerana apa, yang penting saya hanya menjalankan tugas yang diberikan.
"Saya tak faham kenapa beliau (Syed Husin) perlu mempertikaikan kerja saya kerana beliau juga sebenarnya tidak pernah terlibat langsung dalam usaha pembentukan PR.
"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Syed Husin dalam wawancara tersebut mempersoalkan jawatan Zaid sebagai penyelaras dan mendakwa Zaid tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar PR.
Pemimpin veteran itu turut mengkritik disiplin Zaid, yang kononya hanya sesekali menghadiri mesyuarat biro politik PKR. Syed Husin juga berkata Zaid bukan seorang "team player".
Zaid, walaupun mengakui tidak mampu menghadiri setiap mesyuarat biro politik yang diadakan hampir setiap minggu, berkata beliau mempunyai alasan tersendiri untuk tidak hadir.
"Kadang kala saya ada tugas lain yang lebih penting termasuk hal bersama rakyat. Jika beliau hendak pertikaikan disiplin saya, tanya dia berapa kali (naib presiden) Azmin (Ali) tak datang mesyuarat.
"Jika Azmin tak datang tidak apa, tapi jika saya tidak hadir mereka jadikannya sebagai satu isu. Hakikatnya walau apa pun saya masih tetap bersama dengan perjuangan parti…Tidak apalah jika mereka nak kata apa pun. Saya tidak ambil hati, biarkan sahaja," katanya lagi.

Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim di dalam portal Free Malaysia Today pada 23 September 2010 ini pula adalah sebagai maklum balas kepada kenyataan Dr Syed Husin Ali di dalam portal Merdeka Review.

Kenyataan Dr Syed Husin Ali di dalam portal Merdeka Review ini adalah seperti di bawah:
Perbualan kemudian dilanjutkan kepada Zaid Ibrahim…
"Tidak semua jawatan yang disebut media, yang kononnya dipegang oleh Zaid, benar. Sebenarnya dasar Pakatan (Rakyat) dibuat satu kumpulan, bukan seorang. Memang dia ditugaskan untuk daftarkan Pakatan (Rakyat), tapi tidak bererti dia ‘coordinator for Pakatan’," Syed Husin Ali cuba memperbetulkan. Berhubung dasar Pakatan Rakyat, Syed Husin Ali berkata, "Dia (Zaid) ada buat ‘first draft’. Akan tetapi bila dia berada di luar negara, dasar pakatan itu telah disiapkan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti. Apa yang disiapkan oleh jawatankuasa inilah yang dikemukakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat dan diterima sebagai agenda perubahan Pakatan Rakyat."
Syed Husin Ali secara jujur mengakui bahawa dirinya mungkin menyimpan prejudis terhadap Zaid (gambar kanan, tengah), calon PRU yang nyaris ditentang oleh dirinya ketika PRU ke-10 pada tahun 2004 di kawasan parlimen Kota Bahru.
Beliau mengungkit zaman Zaid ketika menjadi Presiden Persatuan Peguam Islam, apabila wartawan mengajukan pandangan bahawa "Zaid dilihat lebih kuat dari segi idea untuk memimpin". "Nak katakan sarat dengan idea, tidak juga…"
Pemimpin veteran ini bagaimanapun memberi nasihatnya, "Dia perlu jadi team player. Ketika beliau dilantik masuk Biro Politik, bila suka datang (hadir mesyuarat). Bila tak suka, tak datang. Macam mana anda menjadi pemimpin seperti itu?"

Portal Malaysiakini pada 23 September 2010 bertajuk “Zaid explains gaffe: 'Nyanyu', not 'nyanyuk'” bagaimanapun melaporkan:
Denying that he called incumbent Syed Husin nyanyuk (senile), as reported by news portal Free Malaysia Today (FMT), Zaid said that the word he used was nyanyu. Obscure and not in popular use, nyanyu is defined by the Kamus Dewan as bercakap yg bukan-bukan, meraban, merepek (speaking nonsense or talking gibberish). "May be the reporter misheard me but what I had said was that he (Syed Husin) must be nyanyu...I did not call him senile," he told FMT today.

Kami mengakui bahawa perkataan “nyanyuk” atau “nyanyu” adalah sedikit kasar untuk ditujukan ke atas seorang pemimpin veteran yang berjasa seperti Dr Syed Husin Ali.

Dalam masa yang sama, kami juga menyedari dan menghormati hak Datuk Zaid Ibrahim untuk menyebut perkataan demikian ke atas Dr Syed Husin Ali.

Apa yang lebih penting di sini adalah sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum kepada PKR yang sepatutnya bersikap adil di dalam hal ini.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang adil, selain menghentam Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga perlu menghentam atau mengingatkan Dr Syed Husin Ali di atas hentamannya ke atas Datuk Zaid Ibrahim, barulah adil namanya.

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar membaca dan memahami kandungan al-Qur’an, beliau tentu tahu dengan Ayat 194 Surah al-Baqarah yang bererti: "Dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu, sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu.”

Berdasarkan kepada Ayat 194 Surah al-Baqarah ini maka apabila Dr Syed Husin Ali terlebih dahulu menghentam Datuk Zaid Ibrahim dengan secara terbuka maka memang wajarlah untuk Datuk Zaid Ibrahim menghentam Dr Syed Husin Ali dengan secara terbuka juga.

Selanjutnya, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu menghentam Datuk Zaid Ibrahim dengan secara terbuka maka tidaklah menjadi kesalahan lagi untuk Datuk Zaid Ibrahim menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan secara terbuka juga selepas ini.

Dalam pada itu, apa sangatlah perkataan “nyanyuk” atau “nyanyu” ke atas Dr Syed Husin Ali itu berbanding dengan hentaman lebih teruk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke atasnya menjelang Pilihan Raya Umum 2004 dahulu?

Jika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tanpa mendapat sebarang provokasi pun, boleh menghentam Dr Syed Husin Ali maka lebih-lebih lagilah Datuk Zaid Ibrahim, yang terlebih dahulu mendapat provokasi dari Dr Syed Husin Ali, boleh menghentam Dr Syed Husin Ali!

Dahulu kami juga merasa sedikit kurang selesa menyaksikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghentam Dr Syed Husin Ali, tetapi selepas menyaksikan gelagat Dr Syed Husin Ali sejak kebelakangan ini maka kini kami merasa memang sangat wajarlah dia dihentam.

Kami tidaklah mahu memperkecilkan Dr Syed Husin Ali, tetapi kenyataan-kenyataannya sejak kebelakangan ini tidak memperlihatkan betapa beliau mempunyai tahap kecerdikan dan tahap keobjektivitian yang sepatutnya dipunyai oleh seorang pemegang ijazah PhD.

Jika benar beliau seorang pemegang ijazah PhD dan jika benar beliau seorang intelektual sudah tentulah apa-apa yang diperkatakan olehnya akan disertakan dengan bukti yang kukuh tidak sepertimana kenyataan ahli politik biasa atau orang awam.

Terbaru, kenyataan sumbangnya di dalam portal Suara Keadilan pada 9 Oktober 2010 bahawa memang menjadi perancangan dan strategi Datuk Zaid Ibrahim untuk mengambil alih pimpinan tertinggi PKR sejak beliau menyertai PKR tahun lalu: Di mana buktinya?

Pas bantah cadangan Keadilan letak calon sosialis di Kelantan

KOTA BHARU 10 Mac - Pas Kelantan membantah cadangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) untuk meletakkan calon yang mempunyai latar belakang sosialis bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum kali ini.
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada Presiden Keadilan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini.
Menurut beliau, antara kandungan surat itu adalah penolakan Pas terhadap cadangan mencalonkan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr. Syed Husin Ali untuk bertanding di kawasan itu.
``Terus terang saya sebut, saya tolak yang berjiwa sosialis, semalam sudah beritahu dengan telefon, pagi ini dengan surat.
``Ini kerana sejak zaman-berzaman apabila disebut sosialis ia dikaitkan sebagai adik sedikit daripada komunis,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini hari ini.
Menurut Nik Aziz, tindakan Keadilan yang berkeras untuk meletakkan Syed Husin bertanding di kawasan tersebut dijangka menerima tindak balas daripada petugas jentera pilihan raya Pas Kota Bharu yang mungkin tidak turun berkempen untuk beliau.
``Kalau letak juga, kami terpaksa terima, tetapi dengan penuh kecewa dan saya yakin jentera pilihan raya tempatan tidak sanggup memberi sokongan kepada orang ini,'' katanya.
Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, pihaknya tidak bercadang untuk meletakkan calon Pas bagi bertanding di Parlimen Kota Bharu walaupun membantah langkah Keadilan tersebut.
``Pas tidak akan kacau persetujuan dengan Keadilan untuk memberikan lima kerusi di negeri ini, cuma saya boleh beri pandangan bahawa kita mahukan calon yang mempunyai latar belakang Islamik.
``Bila saya letak calon, saya hendak menang, jadi orang begini (Syed Husin), saya tidak yakin dia akan menang,'' katanya.

Nik Aziz tetap tolak calon berlatar belakang sosialis

KOTA BHARU 12 Mac - Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bebas untuk mencalonkan sesiapa sahaja untuk bertanding kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum ke-11 ini.
Bagaimanapun beliau tetap dengan pendiriannya iaitu menolak calon yang mempunyai latar belakang sosialis, lebih-lebih lagi mereka yang menentang negara Islam.
``Saya ingin ulangi bahawa saya tak boleh terima orang yang berlatarbelakangkan sosialis. Lepas tu, komen dia pula tolak negara Islam.
``Senang tak ada apa. Dia nak terima... terima, (kalau) tak nak terima dia punya fasal,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Pejabat Pas negeri di sini, hari ini.
Menurut Nik Abdul Aziz, Pas bukannya menolak calon yang hendak diletakkan oleh Keadilan, tetapi beliau hendak memastikan setiap calon yang diketengahkan itu menang pada pilihan raya umum 21 Mac ini.
``Saya sebagai ketua kerajaan hendak tengok tiap-tiap calon menang. Mana boleh rakyat saya terima orang latar belakang sosialis, itu sahaja,'' katanya.

1 ulasan:

IBU PUSPITA berkata...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI